MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap” Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia” Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”. Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap: Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”, Hijau – “Pengakap Muda”, Merah – “Pengakap Remaja” Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. PAKAIAN SERAGAM PENDEK PENGAKAP Baju ini saya jahit sendiri khas untuk kesel
Comments
Post a Comment